Blog

5 Facts about Suraya Sulatin

1. Saya anak bongsu dari 4 beradik. Perempuan kesemuanya dan kesemua adik-beradik saya bermula dengan nama ‘Su’. Mereka ialah Suzalina, Suhani, Suhaida dan saya sendiri, Suraya. Ayah saya berketurunan Jawa dan ibu saya berketurunan Bugis. Saya mempunyai darah keturunan Cina disebelah ayah, sebab itu mata saya sepet. Ibu dan Bapa saya berasal dari Johor, kemudian mereka berpindah ke Pahang. Tapi kalau orang tanya saya berasal dari mana, saya akan cakap saya orang Johor! Sekarang saya bekerja di Kuala Lumpur di sebuah syarikat Badan Berkanun sebagai Setiausaha dan tinggal di Ampang. Kakak ke-3 saya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 1990, 2 hari selepas majlis perkahwinan beliau.

1005232_10151523382572735_314967838_n

Bersama kakak sulung yang jelas mewarisi ‘darah’ cina daripada Arwah Ayah.

 1239758_10151577355837735_263457526_n

Bersama ibu, adik-beradik dan sepupu semasa Majlis Perkahwinan anak saudara sulung di Dewan Perdana FELDA

 1484384_10151781593087735_1307976924_n

Gambar kenangan semasa kecil bersama Arwah Ayah, Emak dan adik beradik. Sayalah yang paling kecil dalam gambar ini. Kelihatan didalam gambar ialah kakak sulong (duduk atas tangga paling atas), sepupu lelaki. Turut kelihatan Emak, Ayah, kakak kedua dan kakak ketiga. Gambar di ambil di kampung emak di Kampung Kuala Paya, Segamat Johor pada tahun 1982

2. Berkahwin pada Jun 2009 dan hanya mengandung selepas hampir 3 tahun menunggu. Berjaya hamil selepas berjumpa dengan Doktor Pakar dan melalui process ‘fertility assessment’. Mendapat ‘morning sickness’ yang sangat teruk sepanjang kehamilan. Anak saya Mohamad Shein Iskandar lahir pada 12/12/12 di Gleneagles Intan Medical Centre Kuala Lumpur. Cantik kan tarikh lahir anak saya? Semuanya secara kebetulan kerana saya boleh memilih tarikh untuk melahirkan anak saya kerana saya bersalin dengan kaedah caesarian. Saya menghadapi masalah ‘Placenta Previa Stage 2’. Anda boleh membaca pengalaman saya dibilik bedah disini. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupakan sampai bila-bila.

 60027_10151117814897735_116329979_n (1)

Setengah jam selepas melahirkan Mohamad Shein Iskandar melalui kaedah cesarean.

487010_10151108409962735_1202923908_n

Sempat menghadiri Majlis Perkahwinan salah seorang sahabat di Sime Darby Convention Center 5 hari sebelum melahirkan anak.

3. Saya suka bersukan. Saya pernah mewakili Syarikat untuk FELDA Futsal FAM peringkat Kebangsaan pada tahun 2009. Walaupun kalah dipusingan awal, tetapi pengalaman bermain futsal di peringkat kebangsaan tidak dapat saya lupakan. Selain dari Futsal, saya juga boleh bermain Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Bola Sepak Wanita dan menyertai Marathon. Selain itu juga saya suka melakukan activity outdoor seperti paintball. Jika mempunyai peluang, saya teringin melakukan ‘bungee jumping’. Selain daripada itu, saya juga berkebolehan untuk menari tarian traditional dan sering melakukan persembahan setiap kali Majlis Makan Malam Syarikat.

Sessi rehearsal untuk Tari Tualang Tiga

DSC_1760

Bersama rakan pejabat untuk persembahan tarian.

4. Saya suka memasak. Saya belakar memasak dari emak dan kakak sulong saya. Saya boleh masak masakan Melayu dan Western. Peminat nombor satu masakan saya semestinya suami saya! Anda boleh membaca entry masakan saya disini.

10403222_10152051640162735_2286023252334140201_n

Memasak ‘Sambal Tahun’ sejenis masakan Orang Jawa. Resepi dah cara memasak disini.

5. Saya pernah disahkan mempunya masalah Mild OCD (Obsessive Compulsive Disorder) selepas saya melahirkan anak saya. OCD banyak mempengaruhi kehidupan saya sehingga menjejaskan kesihatan saya. Tetapi selepas mendapat rawatan daripada doktor di Hospital, saya sekarang sudah bebas dari masalah Mild OCD dan menjalani hidup dengan lebih berkualiti, gembira dan sihat.

IMG_1522

Samantha Tew
Nuffnang Community Team
  1. seindah senyuman :

    singgah malam…

    klik saya punya nuffnang jugak ya…
    tq

  2. Salazryl :

    Kehidupan yang awesome, keluarga yang riang.

  3. myrujukan :

    sedap jer baca kisah ni, dah macam diari pula, hehe

  4. fitrihadi :

    Ohh orang jawa. Patut cantik je :)

  5. Loveheaven07 :

    Biodata yang lengkap, prestasi yang membanggakan, suka dengan resep-resep nya, salam kenal dan salam sejahtera :D thanks for your sharing

  6. Mrsyatie :

    Nice. Salam perkenalan ;)

  7. auzaie :

    terbaik la bloggers nuffnang

  8. LeYa :

    Salam singgah ptg di sini… Kehidupan sebuah family yg bahagia.. Jemput klik nuffnang sy juga

  9. comelcomel :

    Assalamualaikum jemput singgah dan baca review saya

    http://comot-pink.blogspot.com/2015/06/testimonial-reserve-kembalikan-awet.html

  10. yanieyusuf :

    terbaik

  11. Syazana :

    Umpphh macam sedap ajer masakan tu tambah2 bulan puasa ni hehe

  12. Nur Aneesa :

    You looks so sweet darling

  13. Barzrul :

    Tahniah Su sebab terpilih untuk jadi FBOTM!!

  14. Cik Mimie :

    Orang kuala paya ke? Cik Mimie ramai sedara mara disana belah ayah :)

    Cik Mimie orang segamat jugak :)

Leave a Reply

Category

Archive

Latest PostRSS